SUBANG JAYA - Pasangan kekasih warga India yang diberkas sebelum ini berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki akan dituduh di Mahkamah Shah Alam pada Jumaat.
Ketua Polis daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kedua-dua suspek masing-masing berumur 30 dan 25 tahun itu sebelum ini ditahan bagi siasatan melibatkan mayat seorang lelaki yang juga suami kepada suspek wanita ditanam di belakang sebuah pusat jagaan orang tua di sini Mei tahun lalu.