KWSP perlu sedia aliran tunai untuk tampung pengeluaran baharu

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menyediakan aliran tunai bagi menampung sebarang pengeluaran tambahan baharu, kata Kementerian Kewangan pada Khamis.

KWSP perlu mengambil langkah-langkah pengimbangan portfolio dengan mengambil kira pegangan tunai semasa, kecairan dan kematangan pegangan instrumen berpendapatan tetap selain memperlahankan aktiviti pelaburan domestik.

Iklan
Iklan

"Ini menyebabkan kekangan bagi penyertaan ke dalam peluang pelaburan baharu dan akan memberikan kesan secara langsung dari segi kehilangan potensi pulangan jangka masa panjang yang turut menjejaskan peluang bagi menjana pendapatan untuk tujuan pembayaran dividen kepada ahli pada masa hadapan,” kata kementerian tersebut dalan jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis.

Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin (PN-Pagoh) mengenai kebenaran pengeluaran KWSP secara bersasar bagi meringankan beban kehidupan rakyat.

Iklan

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pagoh itu meminta kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat, termasuk mempertimbangkan pengeluaran simpanan KWSP dan moratorium pinjaman bank.

Menurut Kementerian Kewangan, indikator ekonomi menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi semakin pulih dengan perniagaan telah mula beroperasi sepenuhnya dan sebahagian besar pekerja telah kembali bekerja untuk menjana pendapatan.

Iklan

"Ini boleh dilihat daripada statistik KWSP yang menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi bilangan ahli dan majikan yang aktif mencarum, pendaftaran ahli dan majikan baharu serta jumlah caruman setakat Disember 2022,” katanya.

Setakat Disember 2022, pendaftaran ahli meningkat kepada 635,989 daripada 421,643 manakala majikan meningkat kepada 93,669 daripada 72,518. - Bernama