Isu tajaan vape: BRM FC mungkin tarik diri

Iklan
Kenyataan rasmi Ghafari berkaitan penyertaan pasukan Kuala Kangsar BRM FC di dalam saingan Liga M3 menerusi Twitter kelab tersebut pada Khamis.

PASUKAN Kuala Kangsar BRM FC membayangkan kemungkinan untuk tidak menyertai Liga M3 musim ini susulan isu penajaan syarikat rokok elektronik (vape).

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Kangsar BRM FC, Ghafari Nasir berkata, keputusan itu terpaksa dipertimbangkan kerana pasukan berkenaan bakal kehilangan sumber kewangan yang besar.

Iklan
Iklan

"Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perkara yang berlaku berkaitan isu penajaan dari sebuah syarikat rokok elektronik.

"Rentetan isu ini, keberangkalian besar pasukan Kuala Kangsar BRM FC akan menarik diri dari saingan Liga M3 2023 atas masalah penajaan yang kami hadapi," katanya dalam satu kenyataan menerusi Twitter pada Khamis.

Iklan

Ghafari berkata, ahli lembaga pengarah kelab tersebut akan bermesyuarat dan membuat keputusan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, sebuah portal bola sepak tempatan mempersoalkan penajaan sebuah syarikat vape terhadap kelab tersebut kerana dianggap melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 atau tidak.

Iklan

Kontroversi itu tercetus selepas logo syarikat vape berkenaan terpapar pada jersi yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim baru-baru ini.

Sementara itu, Amateur Football League (AFL) yang bertanggungjawab terhadap penganjuran Liga M3 turut memberikan respon berhubung isu tersebut.