Orozco import terakhir Selangor

Iklan
Orozco

PEMAIN tengah dari Venezuela, Yohandry Jose Orozco Cujia atau lebih dikenali dengan Orozco diumumkan sebagai pemain import terakhir Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2023 bermula 24 Februari ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, pemain berusia 31 tahun itu dilihat mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan pada musim ini.

Iklan
Iklan

"Pasukan sekarang dilihat memerlukan seorang jeneral pasukan. Saya berharap Orozco dapat memberikan corak permainan yang baik dan dapat menstabilkan di bahagian serangan pasukan dengan kekurangan yang kita hadapi.

"Kelebihan Orozco adalah beliau seorang yang memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa yang sama mampu membantu rakan pasukannya untuk dapatkan jaringan gol. Beliau juga mampu menyempurnakan ‘set pieces’ dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Orozco merupakan rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ayron Del Valle, Ahmad Khuzaimi Piee, V Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu.

Karier profesional pemain tersebut bermula sejak usianya 16 tahun lagi bersama Maracaibo dan kelab terakhir adalah bersama Deportes Tolima dengan 114 penampilan, 12 jaringan gol dan 18 bantuan gol sepanjang dua musim bersama pasukan tersebut.

Iklan

Antara kejayaannya adalah pada musim 2014/2015, Orozco berjaya mengangkat piala pertamanya dalam Primera División bersama pasukan Deportivo Táchira.

Tahun 2015/2016, dia memenangi dua piala bersama New York Cosmos dalam saingan NASL Regular Season dan NASL Soccer Bowl.

Selain itu, dia juga telah meraih juara dalam Primera A musim 2018, 2019 dan 2021 bersama Deportes Tolima.