Turkiye: Lelaki menyamar polis, cuba culik bayi di hospital

Iklan
Kira-kira 1,362 kanak-kanak terpisah dengan keluarga mereka selepas kejadian gempa bumi pada 6 Februari lalu. - Foto Reuters

HATAY - Polis Turkiye berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba menculik seorang bayi di sebuah hospital di Hatay, Turkiye pada Khamis.

Menurut laporan media antarabangsa, lelaki terbabit dikatakan menyamar sebagai anggota polis dari Daerah Samadag untuk memasuki hospital berkenaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kakitangan hospital terbabit menyedari kad pengenalan polis palsu yang digunakan oleh suspek sebelum menghubungi pihak berkuasa. Sejurus selepas ditahan, pemeriksaan pada badan suspek menemui beberapa pengenalan palsu polis dan tentera, selain emas serta mata wang Lira, Dolar As dan Euro bernilai lebih 6,500.

Identiti bayi berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan oleh pihak hospital.

Iklan

Menurut Menteri Keluarga Turkiye, Derya Yanik, kira-kira 1,362 kanak-kanak terpisah dengan keluarga mereka selepas kejadian gempa bumi pada 6 Februari lalu.

Manakala lebih tujuh juta kanak-kanak terkesan dalam kejadian gempa di Turkiye dan Syria. - Awani

Iklan