Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Iklan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis. Foto hiasan 123RF

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis seiring dengan pemulihan pasaran emas global, dalam keadaan kelemahan dolar Amerika Syarikat.

Kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia Derivatives bagi bulan semerta Februari 2023 menokok kepada AS$1,838.30 setiap troy auns manakala Mac 2023 meningkat kepada AS$1,845.00 setiap troy auns.

Iklan
Iklan

Kontrak April 2023, Mei 2023, June 2023 dan Ogos 2023 semuanya pada AS$1,854.10 setiap troy auns.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,831.20 setiap troy auns seperti yang dikeluarkan oleh Persatuan Pasaran Jongkong London bagi penetapan tengah hari pada 15 Februari. - Bernama

Iklan
Iklan