Cherating mula banjir

Iklan
Kediaman mangsa dinaiki air awal pagi tadi. Gambar bawah: Sebuah keluarga dari Kampung Baru dipindahkan ke pusat pemindahan sementara 9 pagi tadi. - Foto Ihsan Angkatan pertahanan Awam Pahang
KUANTAN – Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Kampung Baru Cherating di sini, mula dinaiki air, pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, akibat itu seramai lima mangsa membabitkan satu keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Cherating.

"Kesemua mangsa dipindahkan kira-kira jam 9 pagi tadi berikutan kediaman mereka di Kampung Baru Cherating dinaiki air awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zainal mengingatkan penduduk di kawasan rendah memantau perubahan paras air di kawasan masing-masing.

Jelasnya, ini kerana daerah ini menerima hujan lebat sejak 24 jam yang lalu.