SinarPlus hargai pembaca menerusi Live Your Life

Iklan

SHAH ALAM - SinarPlus yang merupakan sisipan segmen gaya hidup akhbar Sinar Ahad bakal menyambut ulang tahun ketiga pada 1 Mac depan.

Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, bersempena dengan itu, buat pertama kali SinarPlus bakal meraikannya bersama para pembaca secara bersemuka di District 21 dengan kerjasama IOI City Mall, Putrajaya.

Iklan
Iklan

"Selepas tiga tahun, kami rasakan sudah tiba masanya untuk turun padang bertemu pembaca bagi meraikan keberadaan SinarPlus sebagai salah satu wadah gaya hidup yang semakin popular,” katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Serentak dengan itu, SinarPlus juga menganjurkan peraduan Live Your Life yang sudah bermula pada 2 Februari lalu dan akan berakhir pada Isnin ini.

Iklan

Menerusi peraduan berkenaan, seramai 30 pemenang bertuah akan dipilih, sekali gus berpeluang untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun.

"Sebagai tanda penghargaan kepada pembaca, pelbagai hadiah menarik disediakan. Apa yang pasti, mereka yang terpilih tidak akan pulang dengan tangan kosong. Jadi, penyertaan orang ramai amat dialu-alukan,” ujarnya.

Iklan

Cara untuk menyertai pertandingan tersebut cukup mudah. Orang ramai hanya perlu memuat naik gambar atau video aktiviti harian seperti bersukan, membeli- belah, memasak dan lain-lain di akaun Instagram SinarPlus.

Nyatakan kapsyen mengapa ingin menyertai sambutan ulang tahun SinarPlus Live Your Life di District 21, kemudian tag kepada tiga orang rakan yang ingin dibawa bersama.

Dalam pada itu, Nik Justin berkata, SinarPlus kini dalam proses penjenamaan semula dengan misi baharu yang lebih memfokuskan kepada trend gaya hidup golongan wanita daripada pelbagai aspek.

"Antara topik yang akan dikupas setiap minggu ialah berkisar tentang kesihatan, dekorasi, fesyen terkini, produk kecantikan, personaliti atau idola ramai termasuk destinasi makan dan pelancongan impian, resipi, hiburan, gajet, permotoran serta kisah inspirasi wanita.

"Bukan itu sahaja, SinarPlus turut mempunyai program signature iaitu DNA (Doktor & Anda) dan Borak Bibir Merah yang masing-masing mengupas isu kesihatan semasa dan hal kewanitaan. Tidak ketinggalan program yang menyentuh hal kemasyarakatan, Cerita Orang Kita dan The Story Of...” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Editor Gaya Hidup & Hiburan, Meen Tahrin melahirkan keterujaan apabila akhirnya dapat bertemu dengan pembaca yang selama ini menyokong SinarPlus sama ada dalam bentuk bercetak atau dalam talian.

"Sambutan ini sebagai tanda terima kasih kepada pengikut SinarPlus sejak awal kemunculan kami iaitu pada 1 Mac 2020 dengan edisi pertama yang memaparkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penghias muka depan pertama.

"Justeru, jangan lupa menyertai peraduan Live Your Life,” kata beliau.