SHAH ALAM - Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam Khamis membatalkan pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebagai ahli MKT UMNO.
Lokman berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan melalui panggilan telefon.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Mohamad bahawa MKT UMNO malam ini (tadi) telah membatalkan pemecatan saya. Kini saya kembali sebagai ahli MKT UMNO.
Media melaporkan Lokman dipecat daripada UMNO pada 7 Februari 2020.
Pemecatan Lokman dipercayai berkaitan dengan pendedahan rakaman audio yang didakwa menggambarkan percubaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meyakinkan pemimpin parti itu agar bekerjasama dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Didakwa pemecatannya dilakukan semasa mesyuarat MKT melalui proses mengundi angkat tangan.
Tambah Lokman, dengan pembatalan pemecatan itu, haknya untuk bertanding dalam pemilihan UMNO juga dikembalikan.