Gempa bumi Turkiye: 'Terkejut rumah bergoyang 10 saat'

Iklan
Penduduk di bandar Reyhanly keluar rumah demi keselamatan mereka selepas berlaku gegaran berukuran 4.7 skala Richter kira-kira jam 11 malam waktu tempatan pada Khamis. (Gambar dalam: Berdasarkan informasi dari Earthquake Safety, gegaran yang direkodkan adalah berukuran 4.7 skala Richter.)

REYHANLY, TURKIYE - Wartawan Sinar Harian dan krew pertubuhan bukan kerajaan, Syria Care berdepan detik cemas apabila Turkiye sekali lagi digegarkan dengan gempa susulan, kira-kira jam 11 malam waktu tempatan pada Khamis.

Berdasarkan informasi dari Earthquake Safety, gegaran yang direkodkan berukuran 4.7 skala Richter.

Iklan
Iklan

Ketua Unit Premium, Nurul Riduan Nor Ashaha berkata, ketika kejadian dia sedang menyiapkan satu laporan berita berkaitan kejadian gempa bumi di negara berkenaan.

Nurul Riduan (kiri) bersama petugas Syria Care berada di dalam van berhampiran kawasan lapang susulan gegaran susulan di Reyhanly.

"Ketika sedang membuat laporan berita, saya terkejut apabila bangunan rumah kami di Reyhanly bergoyang dalam tempoh lima ke 10 saat.

Iklan

Nurul Riduan memberitahu, sebaik keluar, dia melihat penduduk di kawasan itu turut melakukan tindakan sama.

Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, gempa bumi susulan itu antara paling kuat dirasai.

Penduduk tempatan memaklumkan, gempa bumi susulan itu antara paling kuat dirasai.

Iklan

"Kalau sebelum ini hanya gegaran yang kecil tetapi kali ini amat dirasai sehinggakan saya terus mengarahkan semua ahli keluarga keluar dari rumah.

"Kejadian gempa bumi ini amat memberi kesan trauma kepada kami di sini," tambahnya.

Sementara itu, wakil Syria Care di Syria memaklumkan dua buah rumah runtuh di lokasi bersempadan dengan Turkiye.


Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/

ARTIKEL BERKAITAN:Gadaikan nyawa demi selimut, baju sejuk dan bantal

ARTIKEL BERKAITAN:Turkiye: Lelaki menyamar polis, cuba culik bayi di hospital

ARTIKEL BERKAITAN:Gempa bumi: Lelaki diselamatkan selepas 187 jam terperangkap