'Wang tak boleh beli gol'

Iklan
Hoeness. - Foto Agensi

KUASA wang mampu mempengaruhi arena bola sepak menerusi trend keterujaan bilionair dunia khususnya dari Timur Tengah untuk melabur dalam industri sukan itu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich dan ahli lembaga pengarah, Uli Hoeness mengingatkan bahawa pengaruh wang asing itu semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dibuat selepas Bayern Munich mengalahkan Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada Rabu.

"Permainan itu menunjukkan wang tidak selalunya menjaringkan gol.

Iklan

"Saya sangat suka menentang mereka," katanya.

Justeru beliau menggesa peraturan pemilikan kelab Jerman itu dilonggarkan bagi membolehkan pasukan menarik pelabur luar.

Iklan

PSG dimiliki oleh Qatar Sports Investments (QSI) - anak syarikat dana kekayaan negara.

"Anda perlu berasa bimbang beberapa kelab akan dibeli pada masa depan. Dari Timur Tengah khususnya," kata bekas penyerang Bayern itu.

Spekulasi tersebar bahawa Qatar mahu membeli Manchester United, manakala Arab Saudi pula ingin membeli Liverpool.

"Maka tidak akan ada had (perbelanjaan). Ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk kita," katanya secara sinis.

Hoeness terkenal dengan kenyataan 'pedas' di media Jerman yang sering ditujukan kepada lawan antarabangsa atau domestik termasuk PSG.

Beliau menggesa bola sepak Jerman membatalkan peraturan '50 1', yang menetapkan ahli memiliki majoriti kelab sekali gus menghalang pelaburan dari luar.