CYBERJAYA - Kita @ Cybersouth yang terletak tidak jauh dari Cyberjaya dan Putrajaya bakal menjadi kediaman idaman kepada bakal pemiliknya.
Konsep bandar moden dan gaya kehidupan urban yang selesa kepada penghuninya menjadi elemen utama di Kita @ Cybersouth.
Pengarah Eksekutif LBS Group, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan berkata, Kita @ Cybersouth bertepatan dengan konsep pembangunan bandar yang bersifat inklusif dan selesa.
"Kita @ Cybersouth merupakan antara projek terkini LBS Group yang lengkap dengan kemudahan yang selesa untuk masyarakat masa kini.
"Ia dibina berasas tiga prinsip iaitu kemampuan, saling berhubung dan komuniti yang secara tidak langsung memenuhi keinginan mereka yang mendambakan konsep perumahan moden serta berpatutan," katanya pada majlis Karnival Jom Blossom di Kita @ Cybersouth di sini.
Menurutnya, kawasan perumahan itu dilengkapi dengan infrastruktur yang dibina di atas tanah rizab Melayu seluas 253.2 hektar.
"Kita @ Cybersouth yang meliputi jenis perumahan teres, apartmen, kedai dan unit komersial dengan sistem keselamatan.
"Setiap rumah yang dibina memenuhi kehendak pembeli dan pastinya menjanjikan kehidupan selesa di sini," katanya.
Menurutnya, sesuai kehendak kerajaan dalam memperbanyakkan perumahan mampu milik kepada mereka yang berpendapatan sederhana, Kita @ Cybersouth menawarkan unit apartmen selesa dengan harga berpatutan.
"Kita Impian merupakan kediaman jenis apartmen yang menyediakan gelanggang futsal, gelanggang takraw, surau, laman berbeku, dewan serbaguna dan lain-lain. Harganya berpatutan walaupun bertaraf lima bintang,” katanya.
Beliau berkata, Kita @ Cybersouth merupakan sebuah kawasan kediaman yang menjanjikan semangat hidup berkomuniti dan ruang kekeluargaan kepada semua.
"Kita @ Cybersouth merupakan lokasi strategik merangkumi rangkaian kemudahan yang cukup luas kepada semua agar dapat meraih kehidupan sosial sambil mengejar impian dan cita-cita," katanya.