Pemandu e-hailing gesa kadar tambang antara bandar diseragamkan
Iklan
Asmirul Anuar Aris (tiga dari kiri) turun padang mendengar luahan pemandu e-hailing di Jalan Limbong Kapal pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Kamal, Nor Zabidi
ALOR SETAR - Gabungan E-hailing Wilayah Utara meminta agar syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing menyeragamkan kadar tambang antara bandar utama di Malaysia.
Pengerusinya, Nor Zabidi Bahador berkata, ia memandangkan kadar tambang perkhidmatan e-hailing antara bandar khususnya di bandar raya ini didapati tidak sama dengan bandar lain.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihaknya mendapati berlaku ketidakseragaman harga antara bandar-bandar utama disebabkan syarikat e-hailing mengambil kira permintaan pengguna, kadar pendapatan serta populasi antara bandar ini, sedangkan kos hidup semasa antara bandar adalah sama.
"Sebagai contohnya, harga tambang di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Baharu adalah tinggi mengikut jarak dan kadar trafik yang tinggi berbanding bandaraya Alor Setar yang dikatakan mempunyai permintaan rendah serta kadar trafik sederhana tinggi di waktu puncak.
Iklan
"Perbezaan harga ini jelas memberi kesan pendapatan kepada pemandu di Alor Setar yang melengkapkan tugasan sama seperti bandar utama lain, sedangkan kos semasa yang ditanggung mereka adalah sama seperti pemandu di bandar utama lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika Majlis Santai Luahan Pemandu E-hailing Kedah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris di Jalan Limbong Kapal pada Khamis.
Iklan
Dalam pada itu, Nor Zabidi berpandangan, persaingan dan perang harga antara syarikat penyedia e-hailing dalam negara menyebabkan mereka menjadi mangsa apabila harga tambang diturunkan tanpa mengira kos perlu ditanggung mereka.
Menurutnya, tindakan terbabit telah menyebabkan pendapatan mereka berkurangan tidak seperti pemandu e-hailing bandar utama lain dengan jumlah tugasan yang sama.
"Bagi 10 perjalanan di bandar Alor Setar, purata jumlah kasar diterima adalah RM50 hingga RM60, berbanding 10 perjalanan di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur dengan jumlah kasar pendapatan adalah RM80 hingga RM100, yang mana ia adalah satu jurang pendapatan yang sangat berbeza,"katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, syarikat penyedia e-hailing wajar membuat penyeragaman harga dengan mengambil kira faktor sama bagi memberi keadilan kepada pemandu di Alor Setar.
Pandangan sama turut disuarakan Setiausahanya, Mohd Kamal Yahya yang meminta keadilan untuk mereka supaya kadar tambang antara bandar dapat diseragamkan segera.
Beliau menjelaskan, harga minimum tugasan di Alor Setar adalah RM4 dengan pendapatan ditolak komisen adalah RM3.20 manakala harga minimum di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang dan bandar lain adalah RM5 dengan pendapatan diperoleh adalah RM4 setelah ditolak komisen.
Menurutnya, keadaan terbabit menyebabkan pendapatan pemandu e-hailing di kawasan Alor Setar berbeza hingga 20 peratus berbanding bandar utama lain, sedangkan mereka melakukan tugasan sama di bandar berbeza.
"Selepas ditolak segala kos ditanggung seperti minyak dan sebagainya, kami hanya meraih pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM1,500, yang sememangnya tidak cukup dalam keadaan ekonomi sekarang," jelasnya.
Mohd Kamal berkata, kadar tambang antara bandar perlu dikaji semula dan diseragamkan sekali gus memerlukan tindakan dan perhatian dari pihak bertanggungjawab
Sementara itu, Asmirul berkata, beliau prihatin dan mengambil berat terhadap beberapa isu dibangkitkan pemandu e-hailing terlibat khususnya aspek penyeragaman harga supaya ia mendapat perhatian sewajarnya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan, pihaknya bersedia untuk membawa perkara itu kepada Exco Pengangkutan Kedah, Datuk Azman Nasrudin dan memanjangkan perkara ini kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam