ARSENAL sudah melupakan kekalahan memeritkan kepada Manchester City apabila berkunjung ke Villa Park dalam misi wajib menang ke atas Aston Villa pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam Sabtu.
The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta berharap laman lawan menjadi penawar untuk mengubat duka empat perlawanan tanpa kemenangan.
Iklan
Iklan
"Saya rasa lebih percaya berbanding perlawanan sebelum ini,” ujar Arteta.
Rekod tanpa kalah Arsenal di laman sendiri berakhir pada Khamis apabila City menggegarkan Emirates menerusi kemenangan 3-1 dan ke persada buat pertama kali sejak November.
The Citizens hanya mendahului berdasarkan perbezaan gol dan Arsenal masih berkelebihan satu perlawanan berbanding pencabar utama itu.
Kemenangan di Villa Park akan mengembalikan semangat skuad Arteta, namun wujud kebimbangan kecederaan yang mungkin menjejaskan persiapan skuad muda itu.
Pemain tengah, Thomas Partey dijangka terlepas peluang untuk beraksi berikutan kecederaan otot, manakala Gabriel Jesus masih belum sembuh.