Zidane sertai F1

Iklan
Zidane (tiga dari kanan) pada majlis memperkenalkan jentera baharu Alpine, A523 bagi musim 2023 di London awal pagi Jumaat. -Foto: AFP

PEMAIN legenda, Zinedine Zidane bertukar angin daripada arena bola sepak ke litar lumba apabila menyertai pasukan Formula Satu (F1) Alpine.

Bekas pengurus Real Madrid itu diperkenalkan sebagai duta Alpine dalam majlis memperkenalkan jentera baharu mereka, A523 bagi musim 2023 di London awal pagi Jumaat.

Iklan
Iklan

Bekas pemain legenda Juventus, Real Madrid dan Perancis itu, yang turut pernah mengemudi Los Blancos bagi dua era berbeza, dilihat melawat garaj Alpine dalam perlumbaan di Monaco musim lalu.

"Saya memiliki peluang untuk bertemu Laurent (Rossi, ketua pegawai eksekutif Alpine) dan bersama seluruh pasukan ini bagi setiap Grand Prix.

Iklan
Iklan

"Kami memiliki hubungan yang baik dan mereka memiliki projek untuk memberi peluang buat golongan muda. Saya amat tertarik dengan projek ini,” katanya.