Impian isteri Mark Adam bina rumah untuk ibu, bapa tak kesampaian

Iklan
Pihak kontraktor tersebut telah mengingkari janji untuk menyiapkan rumah Mark Adam dan isteri (foto) berkenaan pada tarikh yang ditetapkan sebelum menghilangkan diri. - Foto Awani

ISTERI kepada penyanyi Mark Adam iaitu Norazah Redzuan meluahkan rasa terkilan apabila projek rumah yang dibina untuk ibu bapanya telah dibiarkan terbengkalai oleh pihak kontraktor.

Kata Norazah, pihak kontraktor tersebut telah mengingkari janji untuk menyiapkan rumah berkenaan pada tarikh yang ditetapkan sebelum menghilangkan diri.

Iklan
Iklan

"Dekat dunia kau boleh terlepas, dekat akhirat kau menjawab.

"Kau tahu niat aku bina rumah ini untuk mak bapak aku biar merasa duduk selesa, dan kau dan berjanji demi tuhan akan siapkan. Tiba masa kau tipu.

Iklan

"Tidak apa, kau boleh lari, lari jauh-jauh. Demi ALLAH, aku tak akan halalkan satu sen pun duit aku yang kau makan.

Pun begitu, Norazah tetap berfikiran positif dan menganggap perkara yang berlaku itu merupakan ujian buat dirinya sekeluarga.

Iklan

Dalam masa sama, dia turut mengingatkan Mark Adam bahawa akan ada rezeki lain buat mereka.

"Tidak apa baby (Mark), kita rugi sekarang, janji niat kita nak tengok mak abah duduk rumah itu kita teruskan. Insya-ALLAH ada hikmah,” tambahnya.

Difahamkan, projek tersebut telah bermula sejak tiga bulan lalu, namun tidak dihabiskan oleh pihak kontraktor apabila mereka dikatakan telah menghilangkan diri.

Bertambah buruk lagi, Mark dan Norazah sudahpun membayar penuh jumlah wang bagi projek binaan tersebut. - Awani