PM solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (trengah) melambaikan tangan ke arah jemaah di Masjid Taman Putra Perdana selepas menunaikan solat Jumaat hari ini. - Foto Bernama

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana di sini.

Anwar bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama lebih 2,000 jemaah usai Perdana Menteri menjamu selera di Medan Selera Taman Putra Perdana.

Iklan
Iklan

Anwar turut mendengar khutbah bertajuk ‘Israk Mikraj: Amanah dan Tanggungjawab Solat’ yang disampaikan Imam masjid Muhammad Syazwan Hilmi.

Selepas menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Muhammad Syazwan, Perdana Menteri meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah. - Bernama

Iklan

Iklan