Menu Rahmah tidak mampu bertahan jika tiada subsidi

Iklan
Tuan Ibrahim (tengah) membacakan doa selepas Majlis Perasmian Bangunan Tahfiz Al Ikhwan Serta Pecah Tanah Fasa II di Kota Bharu pada Jumaat.

KOTA BHARU - Menu Rahmah tidak dapat bertahan lama jika kerajaan enggan menyediakan subsidi barangan mentah kepada peniaga.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat, peniaga boleh menjual menu pada harga murah jika harga bahan asas menurun.

Iklan
Iklan

"Peniaga sekarang mungkin boleh untung RM1 atau kurang, itu pun jika harga barang mentah boleh didapati pada harga murah.

"Tetapi, bagaimana peniaga mahu meneruskan harga menu yang diharapkan dalam keadaan kos barangan semakin meningkat. Mereka tidak mampu bertahan," katanya selepas Majlis Perasmian Bangunan Tahfiz Al Ikhwan Serta Pecah Tanah Fasa II di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai kebimbangan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali terhadap peniaga yang menyediakan makanan daripada bahan mentah tidak berkualiti.

Selain itu, Tuan Ibrahim memberitahu, kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada polisi dan bukan program bagi membolehkan semua peniaga menikmati pembelian barangan asas berkualiti serta murah.

Iklan

"Kerajaan sepatutnya melihat keperluan peniaga dan menyelesaikan punca kenaikan harga barang supaya tidak terbeban dengan kos yang semakin meningkat," katanya.

Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, Pas akan menyokong jika kerajaan melaksanakan polisi yang boleh membantu rakyat.

Dr Halimah ketika perbahasan di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 baru-baru ini dikecam apabila mendakwa menu Rahmah yang ditawarkan peniaga boleh mengundang penyakit.

Halimah turut mendakwa, ada peniaga yang menyertai program itu bertindak menyediakan makanan daripada bahan mentah yang tidak berkualiti.