Gempa bumi Turkiye: Lebih 84,000 bangunan musnah

Iklan
Dua gempa bumi kuat yang menggegarkan Turkiye baru-baru ini telah merosakkan 84,726 bangunan. - Foto Bernama

ISTANBUL - Dua gempa bumi kuat yang menggegarkan Turkiye baru-baru ini telah merosakkan 84,726 bangunan, lapor dpa pada Jumaat.

Menteri Perancangan Bandar Turkiye, Murat Kurum berkata lebih 7,000 petugas telah terlibat untuk menjalankan pemeriksaan dan menilai kerosakan bangunan yang terdapat di 11 wilayah.

Iklan
Iklan

Bangunan yang rosak perlu dirobohkan segera dan menasihatkan penduduk untuk tidak berada berdekatan dengan bangunan yang telah dikenal pasti itu, katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Pihak berkuasa Turki telah menerima kecaman hebat kerana didakwa gagal menguatkuasakan peraturan projek pembinaan yang mungkin menyumbang kepada angka korban yang tinggi.

Iklan

Susulan itu, lebih 50 orang termasuk kontraktor pembinaan telah ditahan, lapor Agensi Anadolu. - Bernama

Iklan