Malaysia bakal jadi lokasi penting syarikat Jerman

Iklan
Anwar (kanan) bersama Frank-Walter Steinmeier ketika menerima kunjungan hormat Presiden Jerman itu di Perdana Putra pada Jumaat. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia akan menjadi lokasi penting bagi syarikat Jerman untuk mempelbagaikan perniagaan dan pelaburan mereka, kata Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier.

Beliau berkata, terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia dan mewujudkan 65,000 pekerjaan serta terdapat ruang untuk lebih banyak syarikat Jerman mempelbagaikan dan membekalkan pasaran mereka di rantau ini.

Iklan
Iklan

"Kami tahu mengenai lokasi perniagaan dan komuniti perniagaan Jerman telah memulakannya dulu ke arah kepelbagaian dalam pembuatan dan rantaian bekalan," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra di sini pada Jumaat.

Steinmeier berkata, terdapat banyak potensi untuk menjalinkan kerjasama antara Jerman dan Malaysia dengan salah satu sektor yang perlu dipergiatkan ialah latihan vokasional.

Iklan

Beliau berkata, semasa lawatannya ke Pulau Pinang semalam, banyak syarikat Jerman berteknologi tinggi mengeluarkan semikonduktor dan bekalan perubatan di Pulau Pinang tetapi kekurangan latihan vokasional untuk golongan muda.

"Saya bercakap dengan golongan muda yang menyuarakan harapan mereka dan kita perlu mempertingkatkan latihan vokasional di Malaysia,” katanya. - Bernama

Iklan