Tiada kebocoran gas amonia di kilang Ramly Burger - Bomba

Iklan
Tiada kebocoran gas amonia berlaku di Kilang Ramly Burger di Taman Perindustrian IKS MK Batu, di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Tiada kebocoran gas amonia berlaku di Kilang Ramly Burger di Taman Perindustrian IKS MK Batu, di sini, malam Jumaat, sebaliknya ia hanyalah kerja penyelenggaraan di injap saluran gas tersebut di kilang berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, berlaku pelepasan gas amonia di injap saluran gas, semasa kerja pembersihan oleh pihak penyelenggaraan di dalam bilik kompresor.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya itu bukan kebocoran gas amonia, sebaliknya ia kerja penyelenggaraan di mana mereka keluarkan gas itu daripada injap. Apabila tekanan tinggi sangat, mereka akan lepaskan gas berkenaan.

Jurucakap itu memaklumkan, bertindak atas laporan, dua buah jentera dengan kekuatan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan dan Jalan Tun Razak, telah digerakkan ke lokasi.

Iklan

"Setibanya di lokasi, bomba mendapati injap saluran gas telah ditutup oleh pihak kilang dan tiada lagi kebocoran lain berlaku. Premis kilang dihentikan kira-kira dua jam untuk pasukan Hazmat melakukan pemeriksaan udara.

"Bacaan amonia oleh pasukan Hazmat adalah 0 ppm (bahagian per juta). Keadaan di kilang terkawal dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya. - Bernama

Iklan