'Hidangan dah siap, tunggu tok imam baca doa saja'

Iklan
Salahuddin Ayub. - Foto fail/Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi bayangan bahawa usaha subsidi bersasar sudah sedia untuk dilaksanakan.

Katanya, kementerian sudah mempunyai cukup data yang disokong statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Iklan
Iklan

Jelas beliau, pelaksanaan subsidi bersasar nanti akan menjadi penyelesaian tuntas kepada isu kos sara hidup juga ketirisan dalam rantaian bekalan barangan yang selama ini diberikan subsidi.

"Hidangan itu sudah siap, tunggu tok imam datang baca doa saja. (Bermakna) kita boleh buat,” katanya dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Katanya, pelaksanaan itu nanti akan sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan peruntukan lebih akan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. - Awani