Sukan SEA: 'Sasaran pingat, tunggu minggu depan' - Hamidin

Iklan
Hamidin - Foto FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menghantar skuad terbaik bagi menghadapi Sukan SEA Kemboja 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Mei depan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), E Elavarasan kini dalam persiapan awal bagi menghadapi temasya dwitahunan itu.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, Elavarasan sedang mengumpul pemain-pemain untuk menjalani kem latihan pusat. Ia sebagai persediaan untuk Sukan SEA di Kemboja nanti.

"Sukan SEA kali ini berlangsung dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa). Mungkin tiada isu lagi berkaitan pemain menolak panggilan pasukan kebangsaan.

Iklan

"Namun, apa yang saya lihat, ia akan memberi kelebihan kepada kita kerana Sukan SEA berlangsung ketika liga (Liga-M) berhenti rehat,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.

Ditanya tentang sasaran pada temasya Sukan SEA kali ini, Hamidin menjawab: Itu kita kena tunggu sidang akhbar yang akan diadakan Pengarah Teknikal (FAM, Scott O'Donell) minggu depan.

Iklan

"Apapun sudah tentu kita mengharap kejayaan di Kemboja nanti. Biarlah Elavarasan buat 'kerja' beliau dahulu dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap,” ujarnya.

Pada masa sama, Hamidin memaklumkan, FAM tidak akan menghantar pasukan bagi menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 September depan.

Keputusan itu dibuat kerana tarikh penganjuran Sukan Asia Hangzhou 2022 yang ditangguhkan tahun lalu, hampir dengan pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang dijadual berlangsung pada bulan sama.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas ialah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia yang ketika itu skuad Harimau Muda dibimbing Datuk Ong Kim Swee.

Dua tahun sebelum itu, Harimau Muda yang dikendali Datuk K Rajagobal berjaya mengakhiri penantian selama 20 tahun untuk meraih 'ibu emas' di bumi Vientiane, Laos.