Tular pelajar tahun akhir rosakkan peralatan sekolah

Iklan
Paparan daripada video tular yang menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah pada Sabtu. - Foto Awani

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial rakaman video sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah, pada Sabtu.

Beberapa video berdurasi 28 saat dan 58 saat itu turut mendapat reaksi negatif netizen di media sosial yang menyifatkan tindakan pelajar-pelajar itu tidak mencerminkan didikan yang diajar di sekolah.

Iklan
Iklan

Semakan Awani mendapati kumpulan pelajar terbabit merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas, pintu tandas malah melakukan vandalisme.

Pihak Awani sedang cuba mendapatkan pihak berwajib untuk mengulas mengenai insiden tersebut. - Awani

Iklan
Iklan