Kata laluan sama mudahkan kerja penggodam

Iklan
Ahmad Noordin ketika menjadi panel pada sesi dialog Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Sikap segelintir individu yang hanya menggunakan satu kata laluan bagi semua jenis akaun seperti perbankan, e-mel atau aplikasi melibatkan data peribadi mendedahkan pengguna kepada manipulasi penggodam.

Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Datuk Ahmad Noordin Ismail menjelaskan, kebiasaan itu dilakukan bagi memudahkan pengguna mengingati kata keselamatan namun secara tidak langsung memberi jalan mudah kepada penggodam menekanya bagi tujuan jenayah siber.

Iklan
Iklan

"Sebarang sistem yang menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) perlu ditukar tiga bulan sekali dan apabila nak ubah kata laluan, perlu masukkan sekali digit kombinasi sekurang-kurangnya 10 abjad.

Ahmad Noordin (dua dari kiri) ketika sesi dialog program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Dalam pada itu Ahmad Noordin berkata, penggunaan maklumat peribadi seperti nama, alamat rumah atau nombor telefon bimbit sebagai kata laluan juga sering menjadi kebiasaan pengguna sekali gus memudahkan penggodam menjalankan aktiviti eksploitasi terutamanya melibatkan akaun institusi perbankan.

Iklan

"Kita tidak perlu tukar semua abjad pada kata laluan, memadai tambah satu karakter atau tukar satu nombor sudah mencukupi. Perubahan itu dapat menguatkan kata laluan sedia ada.

"(Contoh) Dari huruf besar ke kecil, yang penting kena ada perubahan kerana kajian menunjukkan semua kata laluan boleh di godam dengan mudah tetapi akan mengambil masa yang lama untuk cuba tembusi apabila password sentiasa bertukar, (sebab) mereka perlu lakukan pengodaman dari mula.

Iklan

"Oleh itu saya harap semua orang lebih berwaspada, berhati-hati terhadap penggunaan kata laluan bagi setiap akaun peribadi. Jangan sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi dan perlu tukar kata laluan setiap masa,” ujarnya.