KBS wajibkan pengiring atlet paralimpik negara

Iklan
Hannah - Foto Bernama

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet paralimpik negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, peraturan yang akan berkuat kuasa serta-merta itu bakal diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama-sama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet paralimpik negara dijaga sepanjang masa sekali gus memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas.

"Saya telah mengarahkan MSN menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet-atlet paralimpik kita akan dapat memberikan perhatian sepenuhnya mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa yang mereka sertai," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Keputusan itu selaras dengan Klausa 12.4 berkaitan Tadbir Urus, Peranan dan Tanggungjawab Petugas Sokongan Atlet dalam Kod Klasifikasi Atlet Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Klausa berkenaan menjelaskan bahawa petugas sokongan atlet boleh dilantik daripada kalangan jurulatih, petugas perubatan, ibu bapa ataupun mana-mana individu yang membantu atlet dalam perjalanan kerjaya mereka sebagai ahli sukan.

Iklan

Selain itu, mereka mestilah berpengalaman serta mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang digariskan dalam kod klasifikasi IPC berkenaan.