KUCHING - Kerajaan terbuka untuk memperluas inisiatif Rahmah kepada sektor perbankan dan insurans.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, satu program libat urus dengan pihak bank akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.
Iklan
Iklan
"Mana tahu (melalui libat urus itu) akan ada pakej-pakej tertentu daripada pihak bank dan insurans yang ingin ditawarkan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Menu Rahmah peringkat Sarawak di sini pada Sabtu.
Menu Rahmah adalah inisiatif kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak seimbang pada harga RM5 dan ke bawah.
Menu Rahmah adalah inisiatif yang dipelopori oleh syarikat swasta secara sukarela.
Sehingga 16 Februari, sebanyak 512 premis perniagaan telah mendaftar dengan Inisiatif Menu Rahmah di seluruh negara. - Bernama