KDN akan muktamadkan sempadan baharu Malaysia-Indonesia

Iklan
Saifuddin - Foto Bernama

TUMPAT - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang terlibat dalam memuktamadkan pintu masuk baharu antara Malaysia dan Indonesia susulan pembangunan Nusantara, ibu negara baharu negara itu di Kalimantan Timur.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah selesai berada di Indonesia, kita akan ada sempadan baharu dengan Nusantara.

Iklan
Iklan

"KDN sekarang ikut terlibat dalam memuktamadkan CBA yang kami harap akan dapat dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, di sini pada Sabtu.

Pada sesi lawatan tersebut, beliau turut mengambil peluang melihat kawalan keselamatan di sepanjang Sungai Golok, yang bersempadan dengan Thailand.

Iklan

Saifuddin Nasution berkata, terdapat tiga komponen akan dimuktamadkan dalam mengenal pasti pintu masuk baharu itu.

"Ada tiga komponen iaitu mengenal pasti titik ke titik pintu masuk di sebelah kita (Malaysia) dan sebelah Indonesia, berapa luas kawasan yang akan kita liputi melalui perjanjian itu dan kategori penduduk (berhampiran pintu masuk).

Iklan

"Dari segi perundingan mengikut jadual, kalau nanti tentatifnya berlaku lawatan rasmi Presiden Indonesia Jokowi (Joko Widodo) ke Malaysia pada tahun ini antara komponen penting adalah menandatangani perjanjian tersebut," katanya. - Bernama