'Kawalan sempadan tidak boleh gaya lama'

Iklan
Saifuddin ( dua dari kiri ) mendengar taklimat daripada Khairul Dzaimee ketika tinjauan di perairan Sungai Golok, Pengkalan Kubor sempena Program Kementerian Dalam Negeri Madani pada Sabtu.

TUMPAT - 'Kawalan sempadan tidak boleh lagi gaya lama dengan pembinaan pagar dan pos kawalan," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Justeru kata beliau, kementeriannya sedang berusaha menambah baik kaedah kawalan sempadan negara selain perancangan penambahan dron dan anggota keselamatan serta penggunaan teknologi moden.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di perairan Sungai Golok, Pengkalan Kubor sempena Program Kementerian Dalam Negeri Madani di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, hasrat itu memerlukan perancangan melibatkan prosedur dan permohonan Kementerian Kewangan Malaysia.

Iklan

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Tambah Saifuddin, elemen penting lain bagi memastikan sempadan berada dalam kawalan ialah hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Iklan

"Tugas KDN ialah memastikan soal keselamatan awam dan tumpuan kita sekarang ialah meningkatkan soal keselamatan sempadan laut serta darat.

"Kita mahu meyakinkan rakyat bahawa keselamatan mereka merupakan keutamaan," jelas beliau.