Lelaki tembak mati 6 individu termasuk bekas isteri

Iklan
Polis turut menemui dua lagi mangsa yang terbunuh di dalam sebuah kenderaan berhampiran lokasi kejadian. - Gambar/ AP

SEKURANG-KURANGNYA enam terbunuh dalam insiden tembakan di Mississippi, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, kejadian tembakan itu berlaku di bandar Arkabutla, daerah Tate berhampiran wilayah Tennessee.

Iklan
Iklan

Suspek dikenali sebagai Richard Dale Crum menggunakan selaras senapang patah dan dua pucuk pistol dalam tragedi berdarah itu.

Crum dikatakan telah menembak seorang lelaki yang menaiki trak di luar sebuah kedai.

Iklan

Suspek kemudiannya ke rumah bekas isterinya dan menembak mati wanita itu serta mencederakan suami baharunya.

Crum kemudian dipercayai menembak mati bekas bapa mentuanya serta kakak wanita berkenaan.

Iklan

Polis turut menemui dua lagi mangsa yang terbunuh di dalam sebuah kenderaan berhampiran lokasi kejadian.

Crum berjaya ditahan dan polis sedang menyiasat motif kejadian itu

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isteri turut berkabung atas kejadian yang mengorbankan enam mangsa itu serta mendoakan mangsa cedera sembuh.

Biden turut menggesa Kongres Amerika Syarikat untuk bertindak atas Akta Senjata Api di negara itu bagi menangani kejadian disifatkan sebagai 'wabak' keganasan disebabkan senjata api. - Awani