FBI berkas pemimpin militia di New Mexico

Iklan
Kumpulan militia berhaluan kanan didakwa menahan pendatang asing di sempadan AS-Mexico.

TAOS - AMERIKA SYARIKAT. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semalam memberkas seorang pemimpin kumpulan bersenjata berhaluan kanan di New Mexico, Amerika Syarikat (AS).

Larry Hopkins dan kumpulannya, United Constitutional Patriots (UCP) didakwa menahan keluarga pendatang asing yang menyeberangi sempadan AS-Mexico secara haram.

Iklan
Iklan

Hopkins, 69, juga dikenali sebagai Johnny Harton ditahan di Sunland Park, New Mexico dan kini berdepan tuduhan memiliki senjata api dan peluru secara haram.

UCP mendakwa sebagai"kumpulan patriot" yang membantu melicinkan tugas ejen pengawal sempadan AS dalam menangani masalah kebanjiran pendatang tanpa dokumen.

Iklan

Sementara itu, Peguam Negara New Mexico, Hector Balderas menyifatkan Hopkins sebagai lelaki berbahaya yang tidak sepatutnya membawa senjata api ketika menhampiri kanak-kanak atau keluarga pendatang.

"Penahanan pemimpin UCP oleh FBI menunjukkan bahawa 'rule of law' harus dilaksanakan oleh penguatkuasa undang-undang terlatih, bukannya oleh orang awam yang bersenjata," kata Balderas.

Iklan

Difahamkan, Hopkins pernah ditahan di Oregon pada 2006 kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis.

Sebelum ini, kerajaan Mexico menyatakan kebimbangan mendalamnya berhubung kehadiran kumpulan bersenjata yang menakut-nakutkan pendatang di sempadan.

Pada Khamis lalu, The American Civil Liberties Union dituduh sebagai organisai militia fasis yang secara haram menahan dan menculik pencari suaka. - Reuters