Suasana seperti membaca buku, bergambar kenangan dan bermain air bersama ahli keluarga masing-masing dapat dilihat pada cuti hujung minggu di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul hari ini.
Cuti penggal persekolahan yang baru saja bermula semalam, dimanfaatkan ibu bapa untuk membawa keluarga ke beberapa lokasi tarikan di Negeri Sembilan antaranya Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah yang hanya mengambil masa selama sejam 30 minit dari Kuala Lumpur.