Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit gempa bumi Turkiye

Iklan
Op Starlight 2 diaktifkan selepas kerajaan Turkiye memohon bantuan daripada Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi. - Foto Bernama

GAZIANTEP - Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Februari lepas.

Komander Op Starlight 2, Brigedier Jeneral Datuk Dr Amran Amir Hamzah berkata, cuaca sejuk melampau yang mencecah -10 darjah Celsius pada waktu malam memberikan cabaran tersendiri kepada warga Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam pengoperasian HMM berkenaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, ia tidak menjejaskan motivasi anggotanya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Turkiye yang terjejas akibat gempa bumi pada 6 Februari lepas.

Menurutnya, pesakit yang hadir ke HMM ialah lelaki dan wanita dewasa, ibu mengandung dan kanak-kanak.

Iklan

"Kerajaan Turkiye dan para sukarelawan tempatan serta penduduk di sini memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Sabtu.

Dr Amran berkata, perancangan awal HMM akan beroperasi di Celikhan selama enam minggu dengan seramai 106 pegawai dan anggota.

Iklan

Op Starlight 2 diaktifkan selepas kerajaan Turkiye memohon bantuan daripada Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi. - Bernama




Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/