MITI galak import kenderaan elektrik mampu milik

Iklan
MITI menggalakkan lebih banyak pihak membawa masuk kenderaan elektrik ke Malaysia.

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggalakkan pengenalan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) mampu milik di Malaysia bagi memajukan industri EV negara.

Timbalan Ketua Setiausaha Industrinya, Datuk Seri Norazman Ayub berkata, akan ada kenderaan EV berharga serendah RM120,000 dibawa masuk ke Malaysia pada suku kedua tahun ini.

Iklan
Iklan

"Kami menggalakkan pengimportan lebih banyak EV terutamanya dari China kerana kami mahu mempunyai EV yang mampu dimiliki oleh rakyat," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam ulang tahun platinum ke-70 Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia.

Oleh itu, dari segi infrastruktur pengecasan, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10,000 unit kemudahan pengecasan awam menjelang 2025.

Iklan

"Kami akan bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUS Expressways Bhd untuk stesen pengecasan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia komited untuk menarik pelaburan dalam industri EV dan mencapai sasaran negara dalam menghasilkan kenderaan elektrik, termasuk hibrid, menyumbang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri menjelang 2030.

Iklan

Tengku Zafrul berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan ekosistem EV serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan juga sedang merangka pekeliling bagi memudahkan proses kelulusan stesen pengecasan di peringkat kerajaan tempatan. - Bernama