SHAH ALAM - Kerajaan disaran menyediakan perlindungan takaful atau insurans mampu milik serendah RM50 kepada golongan belia berumur 18 hingga 25 tahun khususnya yang kurang berkemampuan.
Langkah itu perlu kerana ramai anak muda ketika ini tidak memiliki insurans, sekali gus terdedah risiko sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri yang banyak untuk perubatan atau hilang upaya kekal dan tidak mampu bekerja.