Malaysia mahu teruskan RTS, berusaha kurangkan kos

Iklan
Anthony Loke ketika tiba di Lapangan Terbang Seletar, Singapura selepas menyertai penerbangan sulung Firefly ke Seletar selepas menggantung operasinya pada 1 Disember 2018. - Foto Sinar Harian

SINGAPURA - Malaysia komited untuk meneruskan projek Sistem Transit Rapid (RTS) dari Bukit Chagar, Johor ke Woodlands, Singapura meskipun telah meminta lanjutan selama enam bulan sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, Malaysia berhasrat untuk meneruskan projek berkenaan namun sedang mengkaji pelbagai aspek terutamanya dalam pengurangan kos projek.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Malaysia telah meminta tempoh lanjutan selama enam bulan. Sudah semestinya kita sedang mengusahakan perjanjian tambahan.

"Selepas itu, kita akan melihat beberapa pilihan untuk mengurankan kos. Kami masih komited memastikan projek ini diteruskan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan di Lapangan Terbang Seletar, di sini, hari ini.

Malaysia sebelum ini meminta tempoh lanjutan selama enam bulan daripada Singapura sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek RTS.

Iklan

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, tempoh lanjutan sehingga September itu bagi membolehkan kerajaan meneliti beberapa perkara termasuk kos pelaksanaan projek tersebut.

"Kita telah meminta tempoh lanjutan dari kerajaan Singapura bagi kita mengkaji pilihan yang ada.

"Tentu sekali kita melihat kepada kos projek dan bagaimana kita boleh mengurangkan lagi (kos) dan bagaimana kita memanfaatkan projek ini," katanya baru-baru ini.

Projek RTS yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor ke Woodlands, Singapura dijangka mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.

Projek yang sepatutnya siap menjelang tahun 2024 itu bakal memendekkan tempoh perjalanan kepada 30 minit, berbanding lebih sejam ketika ini.