Ahmad Razif tanding Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus

Iklan
Ahmad Razif (kanan) menyerahkan borang pencalonan kepada Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Kuala Nerus, Abu Bakar Jusoh di pejabat parti itu di Batu Enam pada Sabtu.

KUALA TERENGGANU - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Kuala Nerus dalam mesyuarat pemilihan parti yang dijadualkan pada 18 Mac ini.

Beliau telah menyerahkan borang pencalonan kepada Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Kuala Nerus, Abu Bakar Jusoh di pejabat parti itu di Batu Enam kira-kira jam 10 pagi pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Jelas Ahmad Razif, keputusan menawarkan diri untuk bertanding dibuat selepas mengambil kira pandangan ahli parti di peringkat akar umbi yang mahukan beliau kembali memimpin UMNO Bahagian Kuala Nerus.

"Berasaskan kepada prinsip demokrasi dalam UMNO, saya dengan rendah diri dan tawaduk menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu pada mesyuarat pemilihan parti di peringkat bahagian Mac depan.

Iklan

"Saya sedar cabaran yang akan dihadapi namun saya percaya berkat doa dan hasrat ahli-ahli parti yang inginkan perubahan setelah UMNO berdepan saat-saat getir pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berharap pemilihan parti kali diraikan dengan semangat muhibah.

Iklan

Beliau yang pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus sebelum ini tewas kepada Dr Apli Yusoff dengan majoriti 41 undi dalam pemilihan parti pada 2018.

Apli ketika itu menyandang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus memperoleh 465 undi manakala Ahmad Razif memperoleh 424 undi.