Guardiola tertekan City sekadar seri

Iklan
Guardiola berang City gagal tewaskan Forest dalam aksi EPL. - Foto EPA

MANCHESTER City terus terdesak untuk mengekalkan kejuaraan setelah sekadar terikat 1-1 dengan Nottingham Forest ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal menang 4-2 ke atas Aston Villa.

Keputusan itu meletakkan City dua mata di belakang Arsenal yang masih berbaki satu perlawanan.

Iklan
Iklan

Pep Guardiola mengakui The Citizens perlu menyalahkan diri sendiri biarpun mempunyai peluang terbaik memimpin carta liga selepas jaringan Bernardo Silva pada minit ke-40 di City Ground.

Pemain sensasi Erling Haaland bagaimanapun melepaskan dua peluang dan Kevin De Bruyne juga mensia-siakan peluang terbaik sebelum Chris Wood menyamakan kedudukan buat Forest pada minit ke-84.

Iklan

"Ia persembahan yang baik, kami bermain sangat bagus tetapi tidak menjaringkan gol. Pada tahap ini anda perlu menjaringkan gol dan kerana itulah kami mencicirkan mata," ujar Guardiola.

Beliau merumuskan The Citizens terlepas tiga mata berharga disebabkan kesilapan sendiri akibat ketumpulan penyudah.

Iklan

"Pada babak pertama sepatutnya sudah 2-0 atau 3-0. Kami melakukan beberapa percubaan ke gawang. Sedih dan kecewa kerana cara kami bermain sangat bagus.

"Kami terlepas gol yang hanya satu meter daripada penjaga gol, bukan sekali, beberapa kali kerana itu kami tidak menang. Tapi apa yang saya boleh katakan?" kata Guardiola.

Jurulatih dari Sepanyol itu menunjukkan keadaan dirinya yang tertekan untuk mengejar gelaran apabila dilayangkan kad pada babak kedua.

Guardiola berbalah dengan pegawai keempat perlawanan selepas berang dengan pengadil, Graham Scott tidak memberikan keputusan memihak mereka selepas Haaland dijatuhkan setelah dicabar Joe Worrall.

"Kami tidak mencipta alasan. Banyak yang terjadi musim ini.

"Saya bukanlah orang yang berada di sini untuk bercakap mengenai apa yang kami tidak boleh kawal," ujar Guardiola.