'Jangan peralat, calar imej UiTM demi populariti'

Iklan
Zulkifli

SHAH ALAM - Kesatuan kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (UiTM) kesal dengan pihak tertentu yang berusaha memburukkan imej universiti itu dengan pelbagai isu remeh.

Presidennya, Zulkifli Mohamed berkata, pihak terbabit perlu berhenti menjadikan UiTM sebagai alat untuk meningkatkan populariti masing-masing.

Iklan
Iklan

"Umum mengetahui UITM merupakan institusi amat penting bagi pembangunan orang Melayu dan Bumiputera," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Zulkifli memberitahu, sebanyak 38 kampus UiTM di seluruh negara telah banyak meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Iklan

Jelas beliau, sepanjang penubuhannya, UITM sentiasa komited dalam menjayakan aspirasi bangsa dan negara tanpa gagal.

"Jagalah maruah UiTM institusi keramat yang telah membantu kita semasa berkhidmat atau belajar, kini tibalah masa untuk kita sama-sama membangun UiTM sehingga titisan darah terakhir," jelas beliau.

Iklan

Jelas beliau, sebagai kumpulan pelaksana UiTM, pihaknya sentiasa bersama-sama kepimpinan universiti itu untuk terus maju ke depan dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

"Pokok yang rendang jangan diracun agar semua dapat menumpang teduh," tambahnya.

Kenyataan balas Zulkifli itu dipercayai merujuk kepada laporan media mengenai gesaan pihak tertentu yang mahu UiTM berhenti membazir dan mengelak berlakunya ketirisan dalam pengurusan kewangannya supaya boleh digunakan untuk kebajikan mahasiswa.