Selepas Muhyiddin, SPRM akan panggil Tengku Zafrul

Iklan
SPRM akan mengambil keterangan Tengku Zafrul bagi membantu siasatan berhubung dana Jana Wibawa. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan mengambil keterangan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz bagi membantu siasatan berhubung dana Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan itu dilakukan selepas agensi berkenaan memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan berhubung siasatan sama.

Iklan
Iklan

"Pegawai penyiasat sedang memanggil mana-mana saksi yang boleh membantu dalam siasatan tersebut. Saya tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Kewangan juga dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya di sini pada Ahad.

Azam mengesahkan SPRM telah memanggil Muhyiddin untuk memberi keterangan berhubung dana Jana Wibawa.

Iklan

Sehubungan itu, Azam juga menyatakan pegawai penyiasat sedang memanggil mana-mana saksi yang boleh membantu dalam siasatan tersebut.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menerima bayaran sehingga RM300 juta daripada kontraktor di bawah projek Jana Wibawa dan menganggap tuduhan ke atas beliau sebagai tidak berasas.

Iklan

Justeru, idea berkenaan datang daripada Tengku Zafrul kepada beliau dan bersetuju dibawakan kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan.

Muhyiddin turut menegaskan beliau tidak mengenali mana-mana kontraktor itu dan pada masa itu, Kementerian Kewangan yang membawa masuk senarai kontraktor.

Dakwa beliau, nama-nama kontraktor itu adalah kontraktor yang mendapat kelulusan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bertaraf tiga hingga lima bintang, ada lebih kurang 54 syarikat.

Jelas Muhyiddin, sekiranya SPRM mahu maklumat lanjut, mereka boleh memanggil Menteri Kewangan pada masa beliau mentadbir negara.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan demikian selepas ditanya mengenai sesi soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atasnya.

Kata beliau, ketika itu negara dilanda pandemik Covid-19 dan yang paling teruk terkesan adalah pihak-pihak kontraktor bumiputera yang amat memerlukan bantuan.