MOSCOW - Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan Siklon Gabrielle di New Zealand telah meningkat kepada 11 nyawa, lapor Sputnik memetik Polis New Zealand.
"Polis sedang menyiasat kematian di Crownthorpe, Hastings pada malam tadi (18 Februari) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Siklon Gabrielle," menurut polis dalam satu kenyataan Ahad.
Iklan
Iklan
Satu lagi kematian di sebuah kediaman di Onekawa, Napier disahkan berpunca daripada Siklon Gabrielle, menurut polis.
Laporan sebelum ini menyatakan bahawa sekurang-kurangnya sembilan orang maut akibat banjir yang melanda negara itu.
Kerajaan New Zealand telah mengisytiharkan darurat untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas di enam wilayah, termasuk bandar terbesar Auckland. - Bernama