Emman dalam kelas tersendiri

Iklan
Emman (dua dari kanan) bersama Yee Vonne (dua dari kiri) dan Maria selepas Kejohanan gusti New Breed di Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto MYPW

AHLI gusti muda, Emman Azman mengharumkan nama negara apabila mempertahankan tali pinggang kejuaraan pada kejohanan gusti 'New Breed' di Kuash TTDI, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Emman yang digelar Golden Boy menewaskan ahli gusti dari Singapura, Endboss Gregory dan menamatkan perlawanan itu dengan teknik tersendiri iaitu KL Gold Running Elbow.

Iklan
Iklan

Menurut Emman, beliau pernah tewas di tangan Gregory dalam kejohanan gusti Grapple Max di Singapura, empat tahun lalu.

"Alhamdulillah saya berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan ini di depan rakyat Malaysia dan di negara sendiri. Penat lelah berlatih akhirnya berbaloi.

Iklan

"Saya juga kagum melihat anak-anak muda tempatan seperti Miles Karu, Jack Alexander dan Tommy Ardhi menonjolkan bakat mereka bergusti dalam gelanggang. Ini menunjukkan kalau mereka boleh, anak-anak muda yang lain pun boleh,” katanya ketika ditemui media selepas kejohanan.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Yap Yee Vonne yang mewakili Hannah Yeoh.

Iklan

Turut hadir Pengarah My Pro Wrestling Sdn Bhd, Datin Maria Abdullah.

Emman bergandingan dengan ahli gusti dari Kanada, Sunny Z menentang pasukan tuan rumah Thailand, Johnathan Johnson dan

P’Suchart dalam pertarungan selama 14 minit 59 saat di Setup Thailand Pro Wrestling, Thailand 28 Januari lalu.

Pada 26 November 2022, Emman menjuarai MCW selepas menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks.

Mengulas perancangan selepas meraih kejayaan di negara sendiri, Emman bercadang untuk kembali ke Australia.

"Selepas ini saya akan balik ke Australia sebagai persiapan kejohanan di sana. Saya bertekad mempertahankan tali pinggang ini lagi dan boleh bawa pulang untuk rakyat Malaysia dan negara,” katanya.

Selain Emman, turut meraih pencapaian membanggakan adalah ahli gusti negara, Miles Karu yang berjaya merangkul dua tali pinggang kejohanan sekali gus iaitu juara kebangsaan My Pro Wrestling (MYPW) dan Juara Westlecon MYPW apabila menentang tiga pengusti di gelanggang.

Tiga pengusti yang tewas tersebut adalah penyandang tali pinggang juara kebangsaan MYPW, Cornelius Low; Juara WrestleCon, Crystal (Filipina) dan Tyson Reed (Australia).

Kejohanan gusti New Breed itu menghimpunkan 12 ahli gusti dunia dari lima negara iaitu Australia, Singapura, Filipina, Jepun dan Dubai.

Dalam pada itu, MYPW juga berhasrat membuka kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat untuk menaja kejohanan gusti akan datang.

Ia juga selaras dan menyokong usaha kerajaan dalam melibatkan belia serta anak muda dalam aktiviti kesukanan seperti gusti.