Persiapan akhir calon SPM

Iklan
Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 melakukan persiapan akhir dengan mengulangkaji pelajaran bersama rakan serta guru semasa mengikuti kelas tuisyen sebelum menduduki peperiksaan itu esok semasa tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.

Seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,355 pusat pemeriksaan di seluruh negara bermula 20 Februari hingga 15 Mac ini.

Seramai 131,318 petugas peperiksaan bagi membantu kelancaran proses pengambilan peperiksaan SPM.