JOHOR BAHRU - Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2,160,885 hasil empat serbuan berasingan di sekitar daerah Kluang, Khamis lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M.Kumar, dalam serbuan berkenaan, kesemua dadah seberat 43.17kg itu melibatkan 35.7 kilogram (kg) serbuk ectassy bernilai RM1,787,250, 2.52kg ketamin (RMp138,600), 3.24 kg 10,800 biji pil erimin 5 (RM162,000) dan 4,869 biji (1.67kg) pil ectassy bernilai RM73,03
Katanya, polis turut menyita empat buah kereta dengan nilai sitaan RM155,000 dan menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan kenderaan ini berjumlah RM2,315,885.
"Modus operandi dengan menjadikan rumah sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan kegiatan pengedaran (dadah) ini telah aktif beroperasi sejak November 2022 lalu.
"Dalam serbuan kali ini, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun, namun hasil saringan urin mendapati suspek negatif daripada sebarang jenis dadah dan malah turut tidak mempunyai rekod lampau.
"Bagaimanapun, suspek kini direman selama tujuh hari mulai 17 Februari hingga 23 Februari 2023 untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Johor, pada Ahad.
Untuk rekod, jumlah dadah yang dirampas dalam operasi berkenaan boleh digunakan oleh seramai 148,126 penagih.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan hukuman mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan.
Sementara itu, Kumar berkata, mulai 1 Januari hingga 16 Februari 2023, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Johor telah berjaya menangkap seramai 2,433 individu atas pelbagai kesalahan dadah.
Katanya, dalam tempoh masa sama, Polis Johor juga telah berjaya merampas sebanyak 712.68kg dadah.
"Secara keseluruhannya, dadah yang dirampas bernilai RM8.15 juta selain harta sindiket bernilai RM3.13 juta turut disita," katanya.
MOJO LIVE 19 FEBRUARI 2023
[MOJO LIVE] Sidang media pemangku Ketua Polis Johor, DCP M Kumar susulan rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru, Johor, lapor wartawan Sinar Harian Shahrizal Ahmad Zaini.
Pelbagai jenis dadah berjaya dirampas dengan nilaian RM2,160,885 juta hasil empat serbuan berasingan di sekitar Kluang, Johor, Khamis lalu.
Polis turut menyita empat buah kereta dengan nilai sitaan RM155,000 dan menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan kenderaan ini berjumlah RM2,315,885.
Artikel: https://bit.ly/3xArsdY
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian
" />