Tipu dalam talian: Dua individu rugi lebih RM120,000

Iklan

KUANTAN - Dua individu mengalami kerugian lebih RM128,613.10 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian dalam dua kejadian berasingan pada bulan ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang menerima dua kes penipuan yang berlaku di daerah Jerantut dan Temerloh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kes pertama melibatkan seorang guru agama berusia 55 tahun yang menerima panggilan telefon dari seorang individu menyamar sebagai pegawai pusat Touch n Go dari Kuala Lumpur.

"Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang mendakwa dirinya pegawai polis. Mangsa dikatakan telah terlibat dengan jenayah aktiviti penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ramli memaklumkan wanita terbabit diminta supaya membuat rayuan penangguhan waran dan memberikan 14 digit nombor pada kesemua kad bank miliknya.

Katanya, mangsa juga telah diarah untuk memuat naik satu file paket aplikasi Android (APK) dan mengisi maklumat perbankan di dalam capaian yang diberikan.

Iklan

"Selepas mengisi maklumat bank di dalam capaian tersebut, mangsa mendapati terdapat lima transaksi pengeluaran wang dari akaun dan menyebabkan kerugian RM76,170," ujarnya.

Dalam kejadian lain, Ramli berkata, lelaki berusia 34 tahun bekerja sebagai ejen pelancongan dari Jerantut mendakwa menerima tawaran kerja sambilan melalui aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu dengan keuntungan RM100 bagi setiap tugasan.

Beliau berkata, selepas mangsa menyatakan minatnya terhadap tawaran terbabit, suspek kemudiannya menghantar satu capaian kepada mangsa untuk menyertai group task melalui di aplikasi Telegram iaitu Team Welfare Group 0885 Pakej RM100.

"Sebanyak sembilan transaksi telah dilakukan ke dalam akaun berbeza dan suspek memaklumkan mangsa mendapat kenaikan keuntungan sebanyak 40 peratus. Namun mangsa tidak mempercayai keuntungan sebalik mengalami kerugian sebanyak RM 52,443.10," katanya.

Susulan itu, Ramli menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

"Sekiranya diminta untuk memberikan apa-apa maklumat perbankan, jangan dedahkan apa apa maklumat.

"Pihak polis juga ingin mengingatkan supaya orang ramai tidak menyewa atau memberikan akaun bank peribadi kepada ahli sindiket kerana jika dapati bersubahat dengan ahli sindiket, pemilik akaun boleh dituduh di Mahkamah Jenayah dan mungkin akan dihadapkan dengan tuntutan sivil,” katanya.