PUTRAJAYA, - Lembaga Peperiksaan (LP) menafikan dakwaan menggunakan pempengaruh TikTok sebagai pelontar suara bagi Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
LP dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti serta mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris.
"Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022.
"Sehubungan itu, LP yakin bahawa kualiti bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 kekal utuh. LP akan memastikan kepentingan dan keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 adalah terjamin," menurut kenyataan itu.
Perihal UMBI SPM 2022, yang berlangsung pada 16 Februari lepas, tular di media sosial apabila sesetengah netizen mempersoal kredibiliti pelontar audio yang didakwa merupakan pempengaruh TikTok manakala calon peperiksaan pula berdepan masalah ketika ujian kerana pertuturan individu terbabit tidak jelas dan laju.
Menurut LP, keputusan menggunakan bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM 2022 dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan termasuk format soalan adalah dalam pelbagai bentuk iaitu objektif aneka pilihan, objektif pelbagai bentuk dan subjektif respons terhad.
"Oleh itu, UMBI SPM memerlukan calon mendengar, menganalisis konteks situasi dan memahami maksud keseluruhan bahan audio yang dimainkan.
"LP juga memastikan item atau instrumen yang dibina mencapai tahap kebolehtadbiran, keesahan, kebolehpercayaan dan kewibawaan. Tahap ini diberikan perhatian agar item atau instrumen tersebut adalah adil dan saksama kepada calon," katanya.
Selain itu, kadar kelajuan pertuturan pelontar suara bagi item atau instrumen adalah berdasarkan aras kompetensi 'Common European Framework of References for Languages' (CEFR).
Kenyataan itu turut menyebut pembinaan item atau instrumen UMBI SPM 2022 adalah berdasarkan kadar kelajuan pertuturan yang tipikal dan standard pertuturan serta perbualan selain aspek autentik pada penutur juga dititikberatkan bagi mewujudkan konteks sebenar komunikasi.
"Praujian juga telah diadakan dan melibatkan murid sekolah di pelbagai lokasi sama ada bandar dan luar bandar bagi menentusahkan item atau instrumen adalah sesuai dan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan,” katanya. - Bernama