'Mana kunci rumah kami'

Iklan
Pembeli rumah PR1MA berharap kerajaan negeri campur tangan.

SEREMBAN - Sudah tiga tahun berlalu, namun kira-kira 200 pembeli apartmen Seremban Sentral Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di sini, masih menagih janji pemaju untuk menyerahkan kunci rumah mereka.

Lagi menyedihkan, pembeli yang majoritinya kakitangan awam kini cukup terbeban kerana terpaksa menyewa rumah dan perlu membayar ansuran bulanan rumah itu.

Iklan
Iklan

Malah mereka mendakwa turut 'ditendang seperti bola' setiap kali mahu mendapat penjelasan berhubung masalah kelewatan rumah itu dapat diduduki.

Penjawat awam, Hafis Haririe Paisal, 32, berkata, rumah itu sepatutnya dijangka siap pada tahun 2020, namun ditangguhkan kepada tahun berikutnya sehingga tahun ini.

Iklan

"Tarikh serahan kunci itu sentiasa berubah-ubah dan terbaharu dimaklumkan di laman webnya yang kami semua akan dapat kunci pada suku kedua tahun ini.

Menurutnya, dia kini terpaksa menanggung beban kerana bukan saja terpaksa membayar ansuran bank RM1,320 malah membayar rumah sewa RM600.

Iklan
Keadaan rumah PR1MA yang dibeli pembeli. Gambar kecil dari kiri: Hafis Haririe, Mohd Hafiz

Ujarnya, keadaan itu membuatkan kehidupannya tertekan ditambah pula pihak pemaju tidak menjelaskan masalah sebenar kenapa kelewatan itu berlaku.

Kakitangan hospital, Mohd Hafiz Mohd Ali, 39, pula terpaksa mencari duit lebih dengan membuat kerja sampingan kerana tidak mampu menanggung kos membayar ansuran bulanan bank dan rumah sewa.

"Masalah ini bagi tekanan kepada saya dan isteri terutama dengan kos hidup yang semakin tinggi sekarang.

"Saya beli rumah PR1MA kerana takut ada masalah. Tapi tak sangka pengalaman beli rumah pertama jadi pengalaman pahit buat saya," katanya.

Jelasnya, mereka terpaksa menggunakan media sebagai jalan akhir supaya isu tersebut mendapat perhatian semua pihak.

Sehubungan itu, dia berharap kerajaan negeri dapat campur tangan dalam membantu menyelesaikan masalah itu.

Guru, Siti Norhaidah Harun, 31, berkata, dia menandatangani perjanjian jual beli rumah tersebut pada Mei 2021 kerana dimaklumkan rumah itu dijangka siap pada Disember 2021.

"Saya bernasib baik kerana sekarang tinggal di rumah keluarga suami di Ampangan. Tapi sampai bila kami nak tunggu.

"Seingat saya lebih lima kali tarikh kunci akan diserahkan kepada pembeli berubah-ubah. Jangan berjanji tarikh yang tidak mustahil, kerana itu lebih memeritkan.

"Saya mohon kementerian, exco, menteri besar dan semua pihak supaya campur tangan supaya masalah ini dijelaskan secara telus dan diselesaikan segera," katanya.