Bot nelayan asing ditahan TLDM

Iklan
Awak-awak bot berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

KUANTAN - Sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Terengganu kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia kira-kira 60 timur dari Kuantan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim, Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, bot bersama 18 nelayan warga asing berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan kira-kira jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

"Pencerobohan bot nelayan asing itu dikesan krew KD Terengganu ketika sedang menjalankan rondaan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) itu diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) untuk tindakan lanjut.

"Pegawai Penyiasat Maritim membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati bot terbabit membawa hasil laut dengan berat kira-kira 2 tan dipercayai ditangkap di perairan negara ini,” katanya.

Iklan
Bot nelayan Vietnam yang ditahan.

Menurutnya, bot bersama hasil tangkapan dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dirampas dan tekong serta semua awak-awaknya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan negara.

"Mereka juga akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pas atau permit yang yang sah,” katanya.

Iklan

Zulkarnain berkata, sehingga hari ini, Maritim negeri ini melakukan 350 pemeriksaan dan 18 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan.

Hasil tangkapan yang ditemui dalam bot yang ditahan turut dirampas.

"Melalui penahanan dan serahan oleh TLDM seperti ini, bukti bahawa adanya kerjasama erat antara Maritim yang juga penguat kuasa maritim dan TLDM selaku benteng pertahanan perairan negara.

"Kita sentiasa berkerjasama di laut demi memastikan zon maritim Malaysia sentiasa terpelihara dari sebarang pencerobohan," katanya.

Menurutnya, orang ramai juga disaran memberi kerjasama untuk membantu dalam menangani jenayah maritim dengan membuat aduan di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang, 09-5717 345.