Pemandu kereta langgar penghantar makanan disaman

Iklan
Tangkap layar video yang tular menunjukkan seorang penghantar makanan terjatuh selepas dilanggar kereta yang menukar lorong secara mengejut di Jalan Kuala Kangsar pada Jumaat.

IPOH - Polis mengeluarkan saman terhadap pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan membabitkan seorang penghantar makanan di Jalan Kuala Kangsar menghala ke Chemor di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, notis saman kesalahan trafik itu diberikan selepas wanita berusia 44 tahun yang memandu Proton Wira Aeroback terbabit membuat laporan polis pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian sekitar jam 7.35 petang itu, pemandu kereta terbabit telah mengubah lorong dari tengah ke lorong kiri secara mengejut.

Menurutnya, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan ringan pada bahagian bahu, lutut, siku dan muka.

Iklan

"Mangsa dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemalangan ini disiasat mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana memotong dengan cara berbahaya," katanya.

Iklan