PUTRAJAYA - Empat pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dipercayai bersubahat dengan sindiket penyeludupan migran ditahan dalam operasi khas iaitu Op Kenyalang di Serian dan Bintulu, Sarawak Jumaat lepas.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua pegawai berusia antara 35 hingga 45 tahun itu ditahan pada jam 9.45 malam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu, Serian oleh sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, JIM Putrajaya serta pegawai operasi JIM Sarawak.
"Hasil risikan dan siasatan hampir tiga bulan mendapati pegawai berkenaan bersubahat dengan menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing berkenaan bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, dalam operasi yang sama, seramai 63 warga Indonesia berusia 22 hingga 52 tahun yang terdiri daripada 37 lelaki dan 26 perempuan turut ditahan dalam serbuan berasingan di sebuah premis kediaman dan pemeriksaan terhadap dua bas di Bintulu.
Katanya 30 daripada mereka termasuk seorang lelaki dipercayai ketua sindiket berusia 38 tahun ditahan di premis kediaman yang dipercayai dijadikan sebagai rumah transit itu dan wang tunai sebanyak RM25,000 serta Rp3 juta turut berjaya dirampas.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan itu adalah orang yang telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan imigresen daripada memasuki negara. Kesemua mereka juga telah mempunyai tiket penerbangan ke Kuala Lumpur,” katanya.
Menurut Khairul Dzaimee, 33 lagi pendatang tanpa izin ditahan selepas JIM melakukan pemeriksaan terhadap dua bas di bandar Bintulu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mengaut keuntungan lebih RM80,000 sebulan hasil bayaran sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 yang dikenakan untuk setiap migran yang ingin memasuki negara ini.
"Sindiket ini dipercayai telah hampir lapan bulan beroperasi. Mereka mengatur pergerakan masuk warga asing yang telah disenaraihitamkan dengan dibantu oleh pegawai imigresen berkenaan melibatkan seramai 30 hingga 40 orang bagi setiap kemasukan.
"Mereka kemudian akan dibawa ke rumah transit yang telah ditetapkan oleh sindiket sebelum dibawa ke lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan Lapangan Terbang Bintulu sebelum dibawa ke Semenanjung Malaysia melalui laluan domestik,” katanya.
Khairul Dzaimee berkata, kesemua pegawai imigresen dan ketua sindiket yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 manakala yang lain di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia secara tidak sah.
Katanya pihaknya akan terus memburu sindiket yang terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang dan akan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melanggar kesalahan di bawah akta berkaitan. - Bernama